Monday, April 23, 2018

Pantai Bagan Lalang Sepang

Assalamualaikum...

Nak citer pasal Pantai Bagan Lalang lak..Cik Noor pernah sampai ke Pantai Bagan Lalang ni baru sekali je. Itu pun sebab ada family day. Seronok sangat dapat berkumpul bersama..Abg Chik yang bagi idea ke Bagan Lalang sebab dekat sikit dengan rumah katanya..Cik Noor dan Mr Ijan dari Perak, so ikutkan jelah perancangan diorang..Kami sampai awal dan terus cari port baik punya..


Kat pantai ni kalau nak mandi kena tunggu air pasang dulu.. Biasanya petang sikit la.. Aktiviti kami ialah bercanda di pasiran pantai tengok Abg Chik dan Paksu cari ketam dulu..Kalau air surut boleh jalan jauh ke pantai..Nampak tak kami dah jauh tinggalkan persisiran pantai.. Motif kononnya nak cari ketam..ketam lari kami yang selfie..Hahaha..


Nampak tak kat belakang kami tu Gold Coast bekang Cik Noor tu..In shaa @Allah nanti ada peluang dan kesempatan kita ke sana lak..


Friday, April 20, 2018

Oh My Acer Ferrari

Lamanya tak pegang My Red Ferrari..Rindu sangat2 tau..Dulu kan masa Ferrari Cik Noor rosak memang frust giler la..Almaklum ler ramai sangat yang menggunakannya..Sampai Cik Noor biar kan je berhabuk tak nak repair..Suatu ketika dulu ke mana je Cik Noor pergi mesti bawa Ferrari merah ni...


Anniversary kami yang ke 9 Mr Ijan wat surprise..Rupanya dia gi repair balik Acer ferrari Cik Noor..Tq Mr Ijan..Dapatlah Cik Noor memblog lagi..Sorry ye pasni taknak dah bagi sape2 pakai atau pinjam Ferrari Cik Noor..huhu



















Hutan Lipur Papan

Hutan Lipur Papan ni terletak dekat ngan Pusing dan Batu Gajah..Agak tersorok sedikit dan ramai yang tidak tahu wujudnya tempat perkelahan di Batu Gajah. Bagi yang pertama kali pergi mesti teragak2 nak masuk kerana anda akan disajikan dengan bangunan lama, ladang pertanian serta jalannya yang tak berapa nak elok sangat..Dah nampak signboard ni maknanya dah nak dekat sampai la..

Papan Tanda Hutan Lipur Papan

Akhirnya kami pun sampai lah buat kali pertamanya di Hutan Lipur Papan..Sejuk mata memandang melihat air terjun kecil yang mengalir..Airnya pun cetek je..yang mana ada anak tu boleh la datang sini tapi awas ye walaupun airnya cetek tapi batu kat sini agak licin..

Air Terjun Kecil

Apa lagi kami pun buka bekal la..Kemudahan semua disediakan di sini lagipun kat dalam ni ada Taman Herba Papan.

Lunch dulu


Taman Herba Papan

Dah abis lunch apa lagi kami pun berendamlah sampai sejuk..Air terjun kat sini bersih dan jernih sangat masih belum tercemar lagi.  


Mandi Manda

Sejukkk

Simple BBQ

Oklah, selesailah sudah kisah kami di Hutan Lipur Papan..sebelum balik kita possing dulu..

Mr Ijan 

Mrs Noor


Saturday, May 13, 2017

Anjungan Beach Resort (Pulau Pangkor)

Assalamualaikum...
Kenangan first time gi honeymoon pd 2010..Dah lama kan, 7 thn lepas tp Cik Noor nak tampalkan gak dlm blog ni sebagai moment2 indah kami..Kami memilih Anjungan Beach Resort sebagai destinasi cinta kami..Anjungan ni terletak di Teluk Nipah, Pulau Pangkor je..Mr Ijan dah survey  tempat ni sebulan awal sebelum pergi..



Resort ni memang cantik, bg Cik Noor la antara resort tercantik gak kat Teluk Nipah. Kami dok 3 hari 2 malam..Harga? Masa kami pergi dulu dekat rm400 gak, itu harga 7tahun lepas untuk bilik sahaja tau..sekarang ni tak tau le..alah apa susah, korang check je la Agoda..hihi..breakfast len harga ye..Kebanyakan yg menginap kat sini pelancong asing..



Kami check in lebih kurang pukul 1pm...Bilik mmg puas hati la..kami rehat2 jap kami pun keluar makan dan terus g pantai mandi...


Dah penat bermandi manda kami, tibalah masanya dinner sambil lihat matahari terbenam..






Thursday, May 4, 2017

Putrajaya Kuabadikan namamu

Assalamualaikum...

Sy melangkahkan kaki
ke Kuala Lumpur tahun 2003 sehinggalah sy berhijrah ke Perak pada tahun 2011..Percaya tak yg sepanjang sy tinggal kat sana sy tak pernah menjejakkan kaki ke Putrajaya..Jom kita ber kuch-kuch hota Hai di Putrajaya..hahaha..






Oklah dah lenguh kaki berjalan, perut pun dah mula berkeroncong minta di isi...Jom kita makan dulu pastu Good Bye Putrajaya...


  







Tuesday, April 25, 2017

Kinta River Front ( I-City Ipoh)

Suatu ketika dulu, sy suka dtg kat sini..menyusuri sg kinta yg dilimpahi cahaya lampu. Tempat ni salah satu tempat favourite sy la kiranya..Ala2 I-City Shah Alam gitu..Boleh juga menyusuri sungai dengan basikal...ada disediakan perkhidmmatan menyewa basikal....




Kalau datang sini sy suka lepak ngan en suami santai2 dan menikmati keindahan malam kat sini..




Tempat ni adalah salah satu daya tarikan di bandar Ipoh..tapi sayang nya last sy datang ngan en suami tempat ni dah makin mendap..Kedai pun dah byk tutup sejak Dataran KTM bukak...Gambar2 ni masa sy datang 2 thn yg lepas..

Wednesday, April 12, 2017

Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Assalamualaikum...

Dah lama tak mencoret di dalam blog..Alang2 dah mencoret ni, sy nak coret mengenai Pantai Cahaya Bulan, dulu di kenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB)..
Sebenarnya kami tak terniat pun nak ke PCB, tujuan sebenar nak ke wakaf Che Yeh rumah sedara belah suami..Diorang takde  kat umah, so en suami ajak le jejalan kat PCB.
Belanja pic kat tepi PCB, PCB  tak boleh nak bermandi manda ye..bahaya..kalau setakat nak santai2, lepak2, makan2 ok lah...
Ok lah tak sah la kalau datang PCB kalau tak makan ni ye..macam2 ada..seafood goreng tepung..Macam2 ada, pilih je yg mana suka....Harga belakang cerita ye, sekali sekala datang pejam mata je lah..yg penting kita happy...



Pantai Bagan Lalang Sepang

Assalamualaikum... Nak citer pasal Pantai Bagan Lalang lak..Cik Noor pernah sampai ke Pantai Bagan Lalang ni baru sekali je. Itu pun sebab...