Kenangan first time gi honeymoon pd 2010..Dah lama kan, 7 thn lepas tp Cik Noor nak tampalkan gak dlm blog ni sebagai moment2 indah kami..Kami memilih Anjungan Beach Resort sebagai destinasi cinta kami..Anjungan ni terletak di Teluk Nipah, Pulau Pangkor je..Mr Ijan dah survey tempat ni sebulan awal sebelum pergi..
Resort ni memang cantik, bg Cik Noor la antara resort tercantik gak kat Teluk Nipah. Kami dok 3 hari 2 malam..Harga? Masa kami pergi dulu dekat rm400 gak, itu harga 7tahun lepas untuk bilik sahaja tau..sekarang ni tak tau le..alah apa susah, korang check je la Agoda..hihi..breakfast len harga ye..Kebanyakan yg menginap kat sini pelancong asing..
Kami check in lebih kurang pukul 1pm...Bilik mmg puas hati la..kami rehat2 jap kami pun keluar makan dan terus g pantai mandi...
Dah penat bermandi manda kami, tibalah masanya dinner sambil lihat matahari terbenam..
No comments:
Post a Comment